Catatan

Ucapan : Mengadakan sambutan Hari Keluarga di satu kawasan perkelahan

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita semua dapat berkumpul dalam suasana yang gembira disamping keluarga tersayang, walaupun tidak semua ahli jawatankuasa dapat hadir pada sambutan hari keluarga pada tahun ini, saya yakin mereka tetap menyokong apa jua program yang dianjurkan kali ini. Dengan izin Allah SWT juga, kita diberi kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama-sama, jauh dari kesibukan harian dan tugasan pejabat, semoga kita dapat menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk bergembira dan melepaskan tekanan yang dialami di tempat kerja.  Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian. Saya difahamkan Sambutan Hari Keluarga ini telahpun dirancang oleh ahli jawatankuasa penduduk Taman Bukit Kempas sejak dari mula dilantik pada pertengahan tahun lepas, dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini urus setia yang dilantik begitu sibuk membuat persiapan untuk menyempurnakan sambutan dua hari satu malam ini. Apa yang Tuan-tuan dan Puan-puan dapa...

Sambutan Hari Keluarga

Sumber asal: buku rujukan Ceritakan sambutan hari keluarga. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti berkelah merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Sehubungan dengan itu hari keluarga akan diadakan pada musim cuti persekolahan setiap tahun kerana biasanya masyarakat sibuk mencari nafkah untuk menyara keluarga. Sambutan hari keluarga kali ini telah diadakan pada 25 Disember 2017 dan dianjurkan oleh jawatankuasa penduduk Taman Bukit Kempas Jelebu.Sambutan hari keluarga ini diadakan di pantai port Dickson. Sesungguhnya pengalaman saya semasa menyertai sambutan ini akan dibincangkan. Sebelum sambutan ini diadakan mesyuarat jawatan kuasa telah dijalankan. Tujuan Perdana sambutan hari keluarga di anjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk Taman Bukit Kempas yang terdiri daripada berbilang kaum dan seterusnya dapat memupuk perpaduan yang utuh .dalam hal ini akhir-akhir jawatankuasa telah membincangkan agenda sambutan ini dan menyusun atur aktiviti yang akan d...

Ucapan: Cara Menghargai Jasa Guru

           Salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, Tuan Chua Leok Hong, yang diraikan Cikgu Tan, para tetamu undangan, guru-guru, para pengawas,dan rakan sekalian.      Tugas seorang guru sangat mulia dan semakin mencabar pada era globalisasi ini. Para guru mendidik murid untuk menjadi insan yang berguna dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sehubungan dengan itu, guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Jelaslah bahawa tanpa usaha jitu guru, tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan yang gemilang. Persoalannya, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru?      Cara perdana ialah murid haruslah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Hal ini berpunca daripada sikap disiplin merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Selanjutnya, mematuhi disiplin mencerminkan p...