Ucapan: Cara Menghargai Jasa Guru

    
      Salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, Tuan Chua Leok Hong, yang diraikan Cikgu Tan, para tetamu undangan, guru-guru, para pengawas,dan rakan sekalian.

     Tugas seorang guru sangat mulia dan semakin mencabar pada era globalisasi ini. Para guru mendidik murid untuk menjadi insan yang berguna dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sehubungan dengan itu, guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Jelaslah bahawa tanpa usaha jitu guru, tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan yang gemilang. Persoalannya, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru?

     Cara perdana ialah murid haruslah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Hal ini berpunca daripada sikap disiplin merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Selanjutnya, mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan murid kepada guru. Dengan itu, murid patut menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, murid tidak patut terlibat dalam kes ponteng sekolah, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Murid juga perlu beradab sopan dengan memberi ucapan selamat kepada guru. Natijahnya, tugas guru untuk mengajar akan menjadi mudah kerana mereka tidak perlu menguruskan dan menyelesaikan kes disiplin. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung secara lancar. Pada dasarnya, orang tua-tua pernah berkata bahawa genggam bara api biar sampai jadi arang jika mahu usaha ini membuahkan hasilnya.

    Selain itu, murid haruslah sentiasa menghulurkan bantuan kepada guru. Hal ini demikian kerana guru telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik murid-murid supaya mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam hal ini, murid patut menolong guru mereka untuk menghantar buku latihan ke bilik guru. Sebenarnya, murid yang memberikan tumpuan dengan tidak membuat bising semasa guru menyampaikan ilmu juga merupakan salah satu cara untuk membantu guru. Sementara itu, murid juga boleh membawa buah tangan untuk menziarahi guru pada musim perayaan. Sebagai kesannya, guru akan berasa dirinya dihargai dengan bantuan yang diberikan. Seterusnya, hubungan antara murid dengan guru juga dapat dieratkan. Tegasnya, para murid wajar bersikap ringan tulang untuk membantu guru mereka pada setiap masa.

Hadirin sekalian,
     Para murid wajar mendoakan kesejahteraan dan kesihatan guru yang baik. Hal ini disebabakan oleh pengorbanan guru harus kita ingati dan guru yang baik. Hal ini disebabkan oleh pengorbanan guru harus kita ingati dan hargai. Oleh hal yang demikian, murid boleh mendoakan agar guru sentiasa sihat. Tambahan pula, murid digalakkan menghantar kad ucapan "Selamat  Hari Guru" dan memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru. Nilai bagai hadiah tersebut bukan ukuran tetapi pemberian yang tulus dan ikhlas itu lebih penting dan bermakna. Sehubungan dengan itu, murid akan dianggap sebagai murid yang baik dan bersahsiah tinggi kerana mereka mengenang budi dan pengorbanan guru. Realitinya, janganlah murid bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya nanti. Begitulah petikan sajak Usman Awang, yang sering kita dengar saban tahun.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajur tulis baca

                                                                                                                                                                                                       HuiQi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

Ciri-ciri Sekolah Idaman