Ciri-ciri Sekolah Idaman
Ciri-ciri Sekolah Idaman karya Terry
Sejak dahulu lagi, sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu. Setiap murid ingin suasana sekolah yang harmoni. Hal ini dapat membolehkan pelajar belajar dengan selesa dan berasa gembira untuk datang ke sekolah. Mengapakah sekolah ini begitu penting kepada murid-murid? Persoalannya, apakah ciri-ciri yang diperlukan sebagai sekolah idaman?
Ciri sekolah yang menjadi idaman saya ialah sekolah yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Hal ini dikatakan demikian kerana tempat belajar yang lengkap dan canggih meningkatkan motivasi. Oleh sebab, wujudkan bilik darjah yang dilengkapi pendingin hawa, komputer dan kerusi meja yang selesa. Sebagai akibatnya, suasana di dalam bilik darjah menjadi kondusif untuk pembelajaran dan sistem pendidikan kita akan sama taraf dengan negara maju yang lain.
Hal ini bersesuaian dengan peribahasa berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.
Selain itu, ciri yang seterusnya ialah sekolah yang ceria, bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana naluri manusia inginkan sesuatu yang cantik pada pandangan mata. Dengan itu, sekolah harus dihiaskan dengan landskap yang menarik. Dalam pada itu, sekolah akan jadi lagi cantik kalau ada taman bunga dan kolam ikan yang diurus dengan sistematik oleh pekerja sekolah. Natijahnya, pelajar akan berasa bangga dengan imej sekolah yang cantik dan ceria. Sekolah ibarat Rumahnya Syurgaku.
Akhirnya, sekolah mempunyai murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia juga merupakan salah satu ciri-ciri sekolah idaman. Hal ini begitu kerana murid-murid yang bermasalah dari segi disiplin akan mengganggu pembelajaran. Dengan berbuat demikian, murid-murid yang dipilih mempunyai sahsiah diri yang terpuji. Tindakan ini akan tidak menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan tidak wujud pergaduhan sesama murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa menconteng arang di muka.
Kesimpulannya, sekolah yang harmoni menjadi idaman setiap pelajar. Hal ini akan membantu pelajar lebih berusaha mendapat keputusan yang kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum. Komitmen daripada semua pihak amat penting. Sekolah ini akan sentiasa diingati dan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Ulasan
Catat Ulasan