Cerita: Sambutan Hari Keluarga

        Pada tahun lepas, jawatankuasa penduduk di taman perumahan menganjurkan sambutan Hari Keluarga. Semua berasa gembira apabila sambutan Hari Keluarga diadakan. Antara aktiviti yang penduduk inginkan ialah berkelah kerana aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Sambutan Hari Keluarga akan diadakan pada masa cuti persekolahan. Tarikh yang telah ditetapkan untuk menyambut Hari Keluarga ialah pada 15 Mei 2020 dan pihak yang menganjurkan sambutan tersebut ialah Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Kempas, Jelebu. Tempat yang diadakan untuk sambutan Hari Keluarga ialah bertempat di Pantai Port Dickson. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama jiran malah meluahkan masa bersama-sama dengan jiran. Terdapat banyak aktiviti yang kami lakukan sebelum dan semasa menyambut Hari Keluarga.
        
        Antaranya ialah ahli jawatankuasa menjalankan mesyuarat Jawatankuasa di dewan besar Sekolah Rendah Taman Bukit Kempas. Hal ini dikatakan demikikan kerana mereka sedang membincang tentang agenda sambutan. Selain itu, mereka juga sedang menyusun atur yang akan dijalankan. Dalam hal ini, mereka telah menetapkan tarikh, tempat, bilangan peserta serta atur cara majlis. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

        Selain itu, pada hari pertama sambutan, ramai yang berasa gembira dan bersemangat untuk menyambut Hari Keluarga. Hal ini disebabkan oleh semua ahli keluarga tiba seawal pagi. Dengan itu, pihak penganjur menyediakan bas untuk ke destinasi. Oleh sebab itu, mereka bekerjasama mendirikan khemah bersama-sama, menjamu selera serta ada pelbagai pertandingan yang diadakan. Natijahnya, suasana pada masa itu amat meriah dan menghiburkan. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa bagai aur dengan tebing. 

        Akhir sekali, malam itu merupakan acara terakhir disambut. Hal ini dikatakan kerana saat ini ramai yang ditunggu tunggu. Oleh itu, upacara penyampaian hadiah diadakan dan hadiah keluarga telah disampaikan oleh pemenang yang bertanding. Kesannya, kami semua berasa gembira dan berasa puas hati. Semua penduduk dan ahli jawatankuasa berbesar hati atas program yang dirancangkan sejak awal lagi. 

        Sebagai penutup, ramai yang telah bersiap sedia untuk pulang kerana kepenatan. Sepanjang saya dan sekeluarga menyambut Hari Keluarga, banyak pengalaman yang kami perolehi. Aktiviti ini harus diteruskan dengan destinasi yang lebih menarik dan kami berharap agar sambutan ini dapat dipupuk oleh semua orang. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Ciri-ciri Sekolah Idaman