Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin
Peranan Ibu Bapa
dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin
Wong Yu
Marcapada
ini, kes kanak-kanak diculik dari dibunuh sering dilaporkan di media massa.
Sebagai contohnya, seorang budak perempuan yang berusia empat tahun telah
dipancung kepala dengan menggunakan pisau dapur di Taipei. Sementara itu, dua
orang lelaki berpura-pura bertanyakan jalan untuk menculik kanak-kanak dengan
pantas dan meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta. Dalam konteks ini,
individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak
bertanggungjawab. Persoalannya, di manakah nilai murni masyarakat madani ini?
Sesungguhnya, ibu bapa harus memainkan peranan untuk memastikan keselamatan
anak sebelum nasi menjadi bubur.
Pada pandangan saya, ibu bapa harus memberikan didikan tentang keselamatan diri kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang sesuatu bahaya adalah amat penting dan seterusnya dapat menggelakkan kes culik, rogol dan bunuh. Oleh hal demikian, ibu bapa patut melatih anak-anak supaya tidak mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali supaya tidak mudah ditipu. Tambahan pula, ibu bapa wajar mengingatkan anak-anak supya mereka sentiasa bergerak dalam kumpulan kumpulan dan tidak melalui kawasan yang sunyi sepi kerana penjenayah biasanya akan mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak yang berseorangan. Sebagai kesannya, anak-anak anak bersikap lebih berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, ibu bapa harus sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Hal ini berpubca daripada ibu bapa hanya mementingkan diri sendiri dengan sibuk mencari rezeki untuk mengejar kekayaan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa telah alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dan menyebabkan anak-anak haus akan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa patut memberikan keperluan hidup yang mencukupi dan menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk anak mereka.Hal ini terjadi kerana suasana yang kondusif dan harmoni akan menyebabkan anak-anak lebih senang untuk berada di rumah bak kata pepatah rumahku syugaku.Natijahnya, anak-anak akan sentiasa berada dalam kawalan orang dewasa. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sudah terhantuk,baru tengadah akan merugikan ibu bapa dan anak-anak
Di samping itu, ibu bapa perlu tahu lokasi anak mereka berada pada setiap masa. Hal ini disebabkan oleh anak-anak masih tidak tahuakan bahaya yang mendatang bak kata pepatah malang tidak berbau. Dalam hal ini, ibu bapa hendak sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka apabila berada di pusat beli-belah. Ibu bapa juga patut melatih anak untuk memberitahu mereka tentang destinasi yang ingin pergi dan masa untuk pulang ke rumah. Sebagai akibatnya, keselamatan anak akan lebih terjamin kerana mereka akan bersikap was-was terhadap orang yang tidak dikenali pada setiap masa. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan haruslah dijadikan pegangan.
Intihanya, keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab setiap ibu bapa kerana anak merupakan anugerah Tuhan.Lataran itu, ibu bapa berperanan penting untuk memastikan anak-anak terjamin keselamatannya daripada sebarabg tindakan jenayah. Hakikatnya, anak-anak ialah harapan negara yang paling berharga pada masa hadapan, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Ulasan
Catat Ulasan