Belajar secara Berkumpulan
Belajar secara berkumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Seseorang murid akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana anak-anak merupakan orang yang paling dekat dengan murid selain ahli keluarga. Sebagai cotntohnya, seseorang murid ada yang bersikap malu dan tidak berani untuk bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikiran mereka depan rakan dalam kumpulan perbincangan. Benarlah kata peribahasa diam-diam ubi berisi, iaitu diam orang yang berilmu itu sebenarnya dia berfikir. Sekiranya sesorang itu belajar secara bersendirian maka tumpuan pada pelajaran adalah terhad. Murid itu akan berasa bosan untuk meneruskan pelajarannya. Dengan itu, belajar secara berkumpulan dapat memberikan suasana belajar yang menyeronokkan.
Murid-murid juga dapat berkongsi ilmu sesama dengan yang lain melalui kaedah belajar secara berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dan padangan tentang kemahiran menjawab dalam peperiksaan. Mereka boleg berkongsi ilmu tentang sesuatu mata pelajaran dan menukar latihan atau buku rujukan. Sekiranya belajar secara berseorangan, maka ilmu yang ada tidak dapat dikembangkan. Sebagai contohnya, seseorang murid menghadiri kelas tuisyen . Murid dapat mengukuhkan kemahiran menjawab mereka dan seterusnya mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Tegasnya, murid-murid turut dapat mengukuhkan dan memantapkan pemahaman mereka tentang sesuatu mata pelajaran.
Belajar secara berkumpulan juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri murid di samping menerangkap nilai bertoleransi. Sikap kerjasama dalam sesuatu pekerjaan amat dititikberatkan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi. Murid-murid dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat dan berkesan melalui semangat kerjasama yang dipupuk. Kerja rumah yang disiapkan lebih berkualiti dengan memuatkan pandangan atau pendapat rakan-rakan diterima dalam sesi perbincangan. Sebagai contohnya, seseorang murid dapat mengahsilkan karangan yang baik dan berkualiti dengan adanya maklumat yang relavan dan pendapat daripada rakan yang boleh membantu memajukan penulisan karangan. Sikap yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing akan membantu murid dalam kumpulan untuk lebih bertanggungjawab dalam kumpulan perbincangan. Natijahnya, belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangat bersatu padu dan akhirnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik.
Tuntasnya, belajar secara berkumpulan merupakah langkah yang bijak bagi murid yang ingin mencapai kecermelangan. Sebagai bakal pemimpin negara, seyogianya murid harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran pembelajaran yang berkesan dan mendatangkan manfaat untuk jangka masa yang lama. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kaedah belajar secara berkumpulan dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam dunia pendidikan dan seterusnya memberi sumbangan yang amat berharga kepada negara.
Ulasan
Catat Ulasan