Bidang Bioteknologi

Halangan dan langkah dalam melaksanakan bidang bioteknologi 

Tema     :     Bidang teknologi 
Tugasan :    Halangan dan langkah dalam melaksanakan bidang bioteknologi 
Format   :    Perbincangan 

Contoh karangan (sumber asal: buku rujukan) 


        Tidak dinafikan bahawa sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting buat negara Malaysia sejak dahulu lagi. Sektor ini telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi sumber pendapatan utama penduduk tempatan. Dalam era pertanian moden pula, bidang bioteknologi telah dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Sebagai contoh, bioteknologi pertanian telah menghasilkan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Namun, pengaplikasian bioteknologi dalam industri pertanian di Malaysia masih lagi belum dapat menandingi negara -negara lain yang lebih maju. Negara Malaysia terpaksa menghadapi pelbagai halangan yang boleh membantutkan perkembangan bidang bioteknologi negara. Hakikatnya, pelbagai langkah yang proaktif dan pragmatik haruslah dilakukan agar industri  bioteknologi negara terus berkembang dengan pesat.

            Halangan yang utama ialah seminar pelaburan bidang bioteknologi negara kurang diadakan.Hal ini dikatakan demikian kerana tiada ketetapan pelaburan yang menggalakkan peningkatan pelaburan telah dibuat.Dalam erti kata yang lain,tidak seminar yang berkesan dijalankan untuk menarik pelabur asing melabur dalam bidang bioteknologi di Malaysia.Oleh hal yang demikian,pihak kerajaan perlulah membuka peluang kepada syarikat baharu untuk membuat pelaburan dalam bidang ini.Selain itu,pelabur asing digalakkan untuk menyuntikkan dana kepada pengusaha tempatan.Yang paling penting,pihak kerajaan perlulah melonggarkan syarat-syarat permohonan kepada syarikat-syarikat pemohon yang masih baharu.Sebagai contoh,Seminar Bioteknologi telah diketuai oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Seri Mustapa Mohamad merupakan satu usaha yang positif dalam menggerakkan bidang bioteknologi ini.Sebagai kesannya,Syarikat Bioteknologi India telah menyasarkan kemungkinan melabur sehingga RM 538di Malaysia.Peribahsa Melayu ada menyatakan bahawa di mana ada gula,di situ ada semut yang pastinya akan membuka lembaran baharu kepada bidang bioteknologi.Tegasnya,kerajaan Malaysia perlu memperbanyak aktiviti yang dapat meningkatkan pasaran dan menarik pelabur daripada syarikat bioteknologi di dunia.

            Kemudahan prasarana yang sesuai untuk pengusaha -pengusaha baharu kurang dilaksanakan telah mengakibatkan bidang bioteknologi negara sukar dibangunkan .Hal ini berlaku kerana kurang pembedahan tentang maklumat bioteknologi negara. Seterusnya, tiada panduan untuk memulakan pertanian yang berasaskan bioteknologi. Dengan itu, pihak kerajaan haruslah membina pusat bioteknologi bagi  menyampaikan maklumat terkini tentang bioteknologi dan mempamerkan hasil -hasil  kajian bioteknologi. Seterusnya, pembiayaan dan insentif dalam mempromosi  peserta yang komited dalam bidang ini haruslah diberikan. Sebagai impaknya, keadaan ini akan memudahkan pengusaha -pengusaha baharu yang berada dalam proses penceburan bioteknologi menceburi bidang ini  dengan mudah tanpa ada masalah yang merumitkan. Orang tua -tua pernah berkata bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat  sagunya untuk mencapai kejayaan. Hakikatnya, negara Malaysia tidak akan ketinggalan untuk bersaing dalam bidang bioteknologi kerana negara Malaysia banyak peluang untuk diterokai, khususnya dalam bidang bioteknologi.

        Halangan yang seterusnya ialah kekurangan pekerja mahir dan penyelidik dalam bidang bioteknologi.Hal ini terjadi kerana kepakaran daripada rakyat tempatan masih kurang berbanding dengan negara maju.Negara Malaysia masih banyak menggunakan pakar dari luar negara.Oleh sebab itu,kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan pastinya akan meningkat.Sebagai jalan penyelesaiannya,pihak kerajaan haruslah meningkatkan jumlah pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi.Sementara itu,jumlah pelajar sains hayat yang menceburi bidang bioteknologi juga perlu ditingkatkan.Sebagai akibatnya,negara kita mampu menjalankan kajian bioteknologi menempa kejayaan hasil penemuan-penemuan kajian yang dijalankan.Berkat kesungguhan pakar dan ahli sains tempatan dalam membangunkan bidang biotekonolgi Malaysia amat membanggakan.Setusnya,negara kita dapat menhasilkan produk-produk yang berkualiti dalam masa yang singkat.Namun,proses ini haruslah dijalankan sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sesungguhnya,pekerja mahir dan penyelidik daripada negara Malaysia ini akan mampu memberi impak yang baik dalam pembangunan bioteknologi dan menghasilkan produk yang mampu memberi pulangan kepada petani dan negara.


           Tiada kerjasama kepakaran daripada rakan kongsi kajian dan pembangunan bioteknologi juga telah menjadi halaangan dalam memajukan bidang bioteknologi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana negara Malaysia masih tiada rakan kongsi daripada negara maju yang sudah lama berjaya dalam bidang ini. Sementara itu, tiada perjanjian untuk bekerjasama yang telah menjadikan negara Amerika Syarikat yang ternyata lebih maju daripada Malaysia sebagai rakan kongsi dalam industri bioteknologi. Sebagai impaknya, negara Malaysia akan dapat berkongsi kepakaran dalam bidang ini. Dalam pada itu, kerjasama yang erat akan dijalin bagi meningkatkan kemajuan bioteknologi. Sikap bagai aur dengan tebing haruslah diwujudkan antara kedua -kedua buah negara ini agar Malaysia terus mendapat teknologi terbaharu dalam bidang ini. Profesor Dato ' Burhanuddin, Pengarah Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik, UKM pula ada berkata bahawa kerajaan Malaysia telah mengenal  pasti bidang -bidang untuk bekerjasama ketika melakukan lawatan ke negara Jepun baru -baru ini. Seyogia, kerjasama melalui pertukaran idea haruslah digiatkan untuk memajukan bidang ini pada masa -masa yang akan datang.Pertanian sangat pesat membangun ketika ini. Oleh itu, kita haruslah berusaha tanpa ada rasa jemu kerana kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

           Wahasil,bidang bioteknologi adalah amat penting kepada manusia dan negara kerana bidang ini mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia agar menjadi lebih menguntungkan.Dengan itu,pelbagai langkah yang efisien harus diambil bagi memajukan industri bioteknologi negara agar dapat dimajukan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang .Hakikatnya,kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian akan semakin meluas di negara ini agar terus dapat bersaing dengan negara maju yang lain .Bioteknologi dalam bidang pertanian  sangat pesat membangun ketika ini. Oleh itu, kita haruslah berusaha tanpa ada rasa jemu kerana kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

Ciri-ciri Sekolah Idaman