Faktor-faktor yang menyebabkan guru stress
Faktor-faktor yang menyebabkan guru stress [ Karya Terry dan Sean]
Dalam era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui media massa.Setiap sekolah guru memang ada stress sendiri. Stress akan menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Kes-kes ini berlaku mungkin disebabkan tekanan emosi yang telah dipendamkan dalam guru tersebut yang agak lama sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras.Mereka yang mengalami tekanan mental biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti bersikap murung, suka menyendiri dan tiada selera makan. Persoalannya,apakah faktor yang menyebabkan guru stress?
Dalam dunia yang semakin moden, guru hari ini dibebankan dengan pelbagai perubahan kokurikulum dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) yang dijalankan telah membebankan guru. Dalam hal ini, guru-guru juga dituntut untuk menyokong sistem Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog yang sangat rumit. Seterusnya, pengetua haruslah mempamerkan karismanya untuk menyelesaikan masalah dengan berjaya. Andai kata perkara ini dilakukan, pengetua yang berkarisma amat penting untuk merangsangkan semangat seseorang guru untuk menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa alang-alang berminyak biar licin. Tegasnya, pelbagai perubahan kokurikulum dalam pendidikan yang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru stress.
Di samping itu, faktor yang seterusnya ialah guru terpaksa melakukan penyeliaan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Hal ini dikatakan begitu kerana guru terpaksa mengiringi murid menyertai program di luar sekolah. Oleh sebab itu, salah laku murid yang berlaku seperti ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah telah menyebabkan stress dalam kalangan guru. Sebagai akibatnya, guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai salahlaku dan kerenah murid yang pelbagai ragam. Selain itu, keadaan ini bertambah rumit apabila desakan ibu bapa yang menolak sebarang hukuman dikenakan terhadap anak-anak mereka. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Tegasnya, murid-murid yang sentiasa ponteng sekolah juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru stress.
Bukan itu sahaja, kemahiran dan penguasaan guru terhadap kualiti pendidikan haruslah selari dengan perkembangan semasa. Hal ini demikian kerana guru perlu menghadiri pelbagai kursus yang memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Dengan itu, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh setelah tamat kursus. Sebagai akibatnya, ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Tegasnya, kemahiran dan penguasaan guru terhadap kualiti pendidikan haruslah selari dengan perkembangan semasa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru stress.
Kesimpulannya,inilah faktor-faktor yang menyebabkan guru stress. Tekanan stress akan menyebabkan seseorang tidak boleh menjalani aktiviti seharian. Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras, implikasi yang buruk akan menyerang diri dan mendatangkan keburukan kepada diri, keluarga, masyarakat lebih-lebih lagi murid kita yang terpaksa menanggung akibatnya. Maka isu stres guru perlu diberi perhatian dan langkah awal perlu diambil oleh semua pihak seperti masyarakat, pihak sekolah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ia merebak dan menjadi sinonim dengan profesion keguruan. Permuafakatan semua pihak ini mesti dapat implikasi yang positif dan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

Ulasan
Catat Ulasan