Faktor-faktor menyebabkan guru stres
Pada era globalisasi ini, kebanyakan guru mengalami masalah stres yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, “stress” yang membawa maksud tekanan. Hal ini telah membawa kesan negatif kepada sekolah dan pelajar. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pihak sekolah telah menasihati guru - guru sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan juga mental. Walau bagaimanapun, masalah stres dalam kalangan guru semakin meningkat dari masa ke masa. Persoalannya, apakah faktor - faktor menyebabkan guru stres?
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, guru hari ini dibebankan dengan pelbagai perubahan kurikulum dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana guru-guru dituntut untuk menyokong sistem Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog yang sangat rumit. Sebagai contoh, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan telah membebankan guru. Oleh itu, pengetua haruslah mempamerkan karismanya untuk menyelesaikan masalah dengan berjaya. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jelaslah bahawa, pengetua yang berkarisma juga amat penting untuk merangsangkan semanagat seseorang guru untuk menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Seterusnya, guru terpaksa melakukan penyeliaan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan uniform. Hal ini dikatakan begitu kerana tugasan ini membebankan guru kerana guru terpaksa mengiringi murid menyertai program di luar sekolah. Tambahan pula, salah laku murid yang berlaku seperti ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah telah menyebabkan stres dalam kalangan guru. Sebagai akibatnya, guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai salah laku dan kerenah murid yang pelbagai ragam. Keadaan ini bertambah rumit apabila desakan ibu bapa yang menolak sebarang hukuman dikenakan terhadap anak-anak mereka . Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa, beban batu senggulung batu. Tegasnya, sudah pasti guru akan berasa stres apabila niat murni mereka hanya dipandang remeh.
Akhir sekali, kemahiran dan penguasaan guru terhadap kualiti pendidikan haruslah selari dengan perkembangan semasa. Hal ini tercetus apabila guru perlu menghadiri pelbagai kursus yang memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Dalam hal ini, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh setelah tamat kursus. Natijahnya, guru akan menambahkan tekanan kerja tersebut. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bagai kaca terhempas ke batu. Seyogianya, guru berasa stres kerana terdapat banyak perkara dan masalah yang harus diselesaikan.
Konklusinya, isu stres guru perlu diberi perhatian dan langkah awal perlu diambil oleh semua pihak. Semua pihak haruslah memberi sokongan yang berterusan kepada guru sebelum masalah ini menjadi serius. Janganlah kita menjadi seperti peribahasa sudah terhantuk baru tergadah. Permuafakatan semua pihak ini harus menghasilkan implikasi yang positif dan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.
karya:Thian Huii&Xin Er
Ulasan
Catat Ulasan