Faktor-faktor menyebabkan guru stress
FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN GURU STRESS(karya alister dan elvis)
Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya,terdapat seribu satu faktor yang menyebabkan guru stress ialah guru dibebankan dengan pelbagai perubahan kurikulum dalam pendidikan.Hal ini dikatakan demikian kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)yang dijalankan telah membebankan guru. Seterusnya , guru-guru juga dituntut untuk menyokong sistem Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog yang sangat rumit.Dalam konteks ini,pengetua haruslah mempamerkan karismanya untuk menyelesaikan masalah dengan berjaya. Andai kata perkara ini dilakukan maka pengetua yang berkarisma amat diperlukan untuk merangsangkan semangat seseorang guru untuk menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.Hal ini amat bersesuaian dengan peribahasa,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Sesungguhnya , pelbagai perubahan kurikulum dalam pendidikan adalah salah satu faktor yang menyebabkan guru stress.
Dari perspektif yang lain,faktor yang lain menyebabkan guru stress ialah guru sentiasa terpaksa melakukan penyeliaan aktiviti kokurikulum seperti persatuan,sukan dan badan uniform.Hal ini dikatakan membebankan guru kerana guru terpaksa mengiringi murid menyertai program di luar sekolah.Seterusnya, salah laku murid yang berlaku seperti ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah juga telah menyebabkan stress dalam kalangan guru.Dengan ini,guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai salah laku dan kerenah murid yang pelbagai ragam.Dengan keadaan ini akan bertambah rumit apabila desakan ibu bapa yang menolak sebarang hukuman dikenakan terhadap anak-anak mereka. Sebagai impaknya,sudah pasti guru akan berasa stress apabila niat murni mereka hanya dipandang remeh. Bak kata orang tua-tua,janganlah menjadi seperti sebelum menyelam minum air.Hakikatnya,guru terpaksa melakukan penyeliaan melakukan penyeliaan aktiviti kokurikulum merupakan salah satu faktornya menyebabkan guru stress.
Faktor lain yang meruncing termasuklah kemahiran dan penguasaan guru terhadap kualiti pendidikan haruslah selari dengan perkembangan semasa. Hal ini bersangkut -paut guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar -pelajar supaya menjadi generasi muda yang berakhalak mulia. Dengan hal ini, guru perlu menghadiri pelbagai kursus yang memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh setelah tamat kursus. Hal ini akan mengakibatkan guru menambahkan tekanan kerja dan menjejaskan emosi guru sehingga menyebabkan guru menjadi lebih letih. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa orang berbudi kita bahasa,orang memberi kita merasa .Seyogianya,guru merupakan teladan yang baik terhadap pelajar supaya selalu mengamalkan sikap yang beraura positif.
Wahasilnya, isu stres dalam kalangan guru perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum terjadinya satu masalah yang besar dalam bidang keguruan. Permuafakatan semua pihak ini harus menghasilkan implikasi yang positif dan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara ibarat kalau guru makan berdiri, maka murid makan berlari.Oleh itu ,kita haruslah menghargai jasa guru yang telah berkoban banyak masa supaya belajar bersungguh -sungguh agar menjadi seorang generasi muda yang berinsan mulia .
Ulasan
Catat Ulasan