Faktor-faktor yang menyebabkan cikgu stres

      
      Sebanyak 2123 guru daripada 48258 guru dikenal pasti mengalami dalam masalah stres.Hal ini merisaukan semua pihak terutamanya guru guru yang bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar pelajar yang cemerlang untuk mematuhi piawaiaan negara dalam dunia abad ke 21.Persekitaran yang tidak kondusif telah dikenalkan pasti ialah salah satu punca guru stres ketika menjalankan kerja di sekolah. Oleh yang demikian, pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkarisma bagi meningkatkan prestasi pencapaian dan imej sekolah.
      Dalam dunia yang semakin moden, guru hari ini dibebankan dengan pelbagai perubahan kurikulum dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan telah membebankan guru. Tambahan pula, guru-guru dituntut untuk menyokong sistem Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog yang sangat rumit. Dalam hal ini, pengetua haruslah mempamerkan karismanya untuk menyelesaikan masalah dengan berjaya. Kesannya, pengetua yang berkarisma merangsangkan semangat seseorang guru untuk menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Bak kata peribahasa, alang-alang berminyak biar licin. Tegasnya, pelbagai perubahan kurikulum dalam pendidikan ialah faktor yang menyebabkan cikgu stres.
      Selain itu, guru terpaksa melakukan penyeliaan aktiviti kokurikulum seperti persatuan ,sukan,dan badan beruniform. Hal ini berpunca daripada guru terpaksa mengiringi murid menyertai program di luar sekolah. Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah mengurang pertandingan di luar sekolah ataupun bergilir gilir tugasan dengan guru guru lain. Sebagai akibatnya, guru tidak akan berasa letih dan stres.Orang tua tua pernah bercakap jangan sepertu sebelum menyelam minum air. Sesungguhnya, kesihatan guru amat penting supaya guru boleh memberikan ilmu kepada murid murid dengan gembira dan tidak stres.
      Di samping itu, faktor yang seterusnya merupakan kemahiran dan penguasaan guru terhadap kualiti pendidikan haruslah selari dengan perkembangan semasa. Hal ini menyebabkan guru perlu menghadiri pelbagai kursus yang memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Dengan itu, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh setelah tamat kursus. Sebagai akibatnya, tekanan kerja kepada guru tersebut akan menambah. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, masa itu emas. Tegasnya, kemahiran dan penguasaan guru terhadap kualiti pendidikan haruslah selari dengan perkembangan semasa ialah faktor guru mengalami tekanan.
      Kesimpulannya, setiap pihap perlu memberikan perhatian atas isu stres dalam kalangan guru.Pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengambil tindakan sebelum terjadinya satu masalah yang besar dalam bidang keguruan. Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya guru boleh melahirkan guru yang cemerlang dan berkualiti. Dengan ini, negara kita akan duduk sama rendah,  berdiri sama tinggi dengan negara lain.

Karya Chiu Chang Hong dan Hong Wei How 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

Ciri-ciri Sekolah Idaman