Faktor-faktor yang menyebabkan guru stress
Daripada: Luqman dan Nisa
pada langit biru ini, peranan guru amat penting kerana merupakan domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Stres di kalangan guru merupakan topik topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir ini. Di Malaysia, stres di kalangan guru meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada guru-guru berkenaan mengruskan stres dalam diri. Masalah stres di kalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketaui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan guru stres?
Faktor pertama yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah masalah personaliti yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan sehingga menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini sering mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu, masalah personaliti yang sempurna akan menyebabkan tekanan yang berat.
Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya tekanan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa stres kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan banyak tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Jadi, masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong penyakit psikologi.
Selain itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform serta menjadi penasihat persatuan, kelab dan sukan. Hal ini membebankan guru lagi semasa guru terpaksa mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Walau bagaimanapun kesemua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa ataupun tuntutan wang. Lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi tidak dapat diganti pada masa depan dan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya. Jelaslah bahawa isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka.
Namun begitu, masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Individu boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan tekanan mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan makanan berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untul mengelakkan masalah tekanan mental yang berat.
Kesimpulannya, stres tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental ialah “pengambilan vitamin”. Pada prinsipnya, stres sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan yang terlampau akan membebankan dirinya.
Ulasan
Catat Ulasan