Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Tajuk : Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah membolehkan pelbagai kegiatan dapat dijalankan dengan begitu cemerlang.
Tema : Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Tugasan: Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah membolehkan pelbagai kegiatan
Format : Perbincangan
Contoh karangan(sumber asal:buku rujukan)
Muktahir ini, banyak negara sedang berlumba-lumba mencapai kemajuan segenap aspek kehidupan. Negara-negara ini bersaing antara satu dengan lain supaya tidak berada di belakang arus kemajuan. Pada milenium ini juga, negara kita telah melakukan anjakan paradigms dengan memajukan bidang Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penemuan bidang ICT telah berjaya membawa tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif sesuai dengan arus globalisasi yang pastinya menuntut masyarakat supaya lebih peka dengan kemajuan Teknologi Maklumat. Dalam erti kata lain, Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Kemajuan dalam bidang ini dilihat sebagai satu wadah pembangunan negara dan menjadi batu loncatan dalam usaha merealisasikan wawasan 2020. Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pengetahuan yang semakin mencabar. Kemajuan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah cepat, dan murah. Melalui kemudahan Internet, segala isu semasa sama ada di dalam mahupun di luar negara dapat duketahui dengan cepat di rumah tanpa perlu keluar dari rumah untuk membeli surat khabar. Kebanyakan syarikat akhbar dalam talian seperti Utusan Online dan Berita Harian Online. Pengguna mandapat maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan efektif. Semua maklumat yang berguna waima maklumat dari dalam negeri mahupun dari luar negara boleh didapati dengan mudah. Tegasnya, pengguna tidak menjadi seperti kayak di bawah tempurung dalam perkembangan dunia siber hari ini. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang ilmu pengetahuan yang perlu diambil dengan cara yang paling bijak daripada pengguna itu sendiri.
Pada hemat saya teknologi Maklumat dan Komunikasi amat berguna kepada murid, pelajar, mahasiswa, atau sesiapa sahaja yang mencari ilmu pengetahuan. Hal ini sedemikian kerana menerusi kemudahan Internet juga, golongan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara yang paling mudah, murah dan menarik. Hanya dengan menaip perkataan yang dicari, segala maklumat yang berkaitan akan terpapar di skrin komputer dalam sekelip mata. Pembelajaran secara interaktif menerusi Internet ini telah banyak dilakukan oleh murid. Selain itu, ada juga ruangan yang boleh digunakan oleh murid untuk mendapat soalan-soalan percubaan negeri pada tahun tersebut. Soalan-soalan yang dikuatkan berserta dengan skema jawapan sudah pasti membantu murid untuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan sebenar. Benarlah kata peribahasa, sudah terhantuk baru nak tengadah adalah sesuatu yang merugikan diri murid itu sendiri. Murid juga dapat mencari set-set soalan peperiksaan di Internet untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan sebenar.
Masyarakat di dunia hari ini dapat berkomunikasi dengan cepat menerusi e-Mel. Berkomunikasi dengan e-Mel seperti Yahoo dan Hotmail menjadi alternating kepada menulis surat. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Sekiranya kita menulis surat kepada rakan kita dalam masa berminggu-minggu. Hal ini berbeza sekiranya kita mengirim e-Mel yang akan sampai kepada rakan kita dalam sekelip mata. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada penggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Pujangga bahasa ada berkata bahawa masa itu emas dan perlu diberi keutamaan untuk hal-hal yang penting dan mendatangkan faedah sahaja. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kecanggihan teknologi maklumat ini membantu masyarakat untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Saya juga berpendirian bahawa masyarkat dunia pada masa ini lebih suka mengisi waktu senggang mereka dengan melayari laman web sosial untuk berbual-bual dengan rakan-rakan. Laman web sosial juga perlu kepada murid untuk bertanya kepada guru-guru mereka tentang pelajaran di luar waktu sekolah. Laman web sosial juga menghubungkan kita dengan rakan-rakan lama kita. Terdapat banyak laman web juga boleh berkomunikasi dengan pemimpin negara dari dalam dan luar negara dengan mudah dan cepat. Dalam pada itu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan teknologi panggilan video seperti Skype, Menerusi Skype seseorang dapat berbual-bual dengan rakan mereamka dengan melihat imej rakannya pada skrin komputer. Penggunaan kaedah ini membolehkan seseorang itu berasa seolah-olah dia sedang berbual-bual dengan rakan secara nyata walaupun mereka terpisah beribu-ribu kilometer. Hakikatnya, kelebihan ini akan membawa kepada satu perkembangan dunia maklumat yang terkini dan menyeronokkan.
Pihak pengusaha barangan atau perkhidmatan juga berpeluang mempromosikan produk mereka melalui Internet. Kaedah inilah yang dinamakan e-dagang. Syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sekiranya kita melayari laman sosial Facebook misalnya, kita akan mendapati banyak iklan yang terpapar di kiri dan kanan skrin komputer. Penggunaan kaedah ini bukan sahaja murah malah mampu menarik pelanggan yang ramai. Kaedah inilah yang digunakan oleh jutawan muda terkenal Malaysia, Dr. Irfan Khaira. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alam at laman sesawang mereka berserta alamat mel elektronik atau e-Mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai Barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui Internet, bukan sahaja dari peringkat global malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak malalui e-Mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Intihanya, banyak faedah yang akan diperoleh daripada kemajuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Teknologi Maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi lalu an kepada pelbagai implikasi negatif yang mampu merosakkan akhlak masyarakat di sesebuah negara. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus menyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat maklumat yang ada kini. Semua pihak harus berusaha bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan led akan teknologi maklumat ini. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmu ya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.
Ulasan
Catat Ulasan