Kesejahteraan dan Keamanan Sesebuah Negara

Tajuk: Kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara bergantung pada tiga perkara yang utama ,iaitu perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. Sebagai rakyat nyatakan peranan anda untuk mencapai hasrat itu.

Tema        :    Kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara
Tugasan   :    Peranan rakyat untuk mencapai hasrat itu

        Umum mengetahui bahawa negarawan yang tersohor pernah berkata bahawa"bumi Malaysia ini tertegak atas sumpah keramat,   lantainya disimbah  perlu dah keringat,  ternyata dekat atas tulang-temulang dan bumbungnya bersulam kasih dan hormat. "Kedaulatan watan ini pernah dicemari selama empat kurun dan  tahun oleh golongan manusia yang rakus mengaut keuntungan daripada  kebijaksanaan tokoh tokoh terdahulu. Lirik lagu Negaraku antaranya menyentuh soal perpaduan,  kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. Setelah 59tahun negara Malaysia memperoleh kemerdekaan,  banyak pembangunan dan kemodenan yang telah dicapai yang berpaksikan usaha keras rakyat yang berbilang kaum. Kepelbagaian kaum di Malaysia merangkumi Melayu,  Cina, India dan kaum peribumi Sabah dan Sarawak  yang melahirkan yang melahirkan kepelbagaian bahasa, adat resat dan keturunan. Persoalannya di sini, apakah peranan yang setiap rakyat Malaysia untuk menjamin kesejahteraan negara? 

        Pada hemat saya, setiap rakyat haruslah bersatu padu ke arah kesejahteraan negara.  Langkah utama untuk memupuk perpaduan adalah melalui amalan saling menghormati sesama sendiri. Kita perlu menghormati budaya kaum lain kerana hal itu ialah hak mereka. Prinsip"yang tua perlu dihormati yang muda harus disayangi", hendaklah dipegang utuh. Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Merdeka 1957, semua kaum telah mengikrakan janji mereka bersatu padu. Walaupun islam merupakan agama rasmi persekutuan, agama agama lain bebas dianuti berteraskan prinsip Rukun Negara yang pertama, iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Budaya  dan adat resam sesuatu kaum masih boleh diamalkan.Persepakatan tiga kaum utama Tanah Melayu ,iaitu Melayu, Cina, dan India digabungkan dalam Parti Perikatan yang telah memperoleh  kemenangan besar dalam Pilihan Raya 1956.Perpaduan jugalah  menjadi faktor terpenting bagi British menjalankan proses kemerdekaan ke atas Tanah Melayu.  Jelaslah di sini , bersatu padu dengan menghormati orang lain mampu menjamin kesejahteraan negara. 

        Perpaduan juga dapat dipupuk melalui amalan bertegur sapa dan ziarah- menziarahi. Amalan serumpun bagai serai,  selubang bagai tebu, iaitu permuafakatan antara anggota masyarakat dapat diperkukuh dan diperap.  Budaya kunjung- mengunjungi tidak dibatasi pada hari perayaan sahaja.         Budaya ini perlu sentiasa diamalkan pada bila-bila masa. Dengan itu, segala masalah dan kedudukan yang dialami seseorang dapat dikurangkan. Amalan bertegur sapa pula hendaklah diamalkan setiap kali bertemu seseorang diiringi dengan senyuman,  tanpa mengira warna kulit, darjat mahupun keturunan seseorang. Tiada lagi permusuhan dan pergaduhan. Sejarah Islam pernah mencatatkan Perang Al-busus memakan masa selama 40 tahun Walaupun puncanya ialah Perkara kecil sahaja. Oleh hal demikian, pemupukan perpaduan menerusi amalan bertegur sapa dan ziarah- menziarahi dapat menjamin kesejahteraan negara.

        Kesejahteraan negara juga boleh dicapai dengan nilai taat setia kepada negara. Nilai taat setia kepada negara dapat dipupuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dasar Pendidikan Negara yang dirangka mewajibkan pengajaran beberapa subjek yang boleh memupuk nilai taat setia kepada negara. Subjek-subjek tersebut termasuklah subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan pendidikan moral yang bertujuan menyemai sikap taat setia kepada negara. Dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran subjek. Sejarah kepada pelajar darjah satu di seluruh negara ialah langkah yang amat tepat. Beberapa unsur pelajar darjah satu di seluruh negara ialah langkah yang amat tepat beberapa unsur juga hangat diperdebatkan di parlimen, antaranya mewajibkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia lulus dalam subjek Sejarah. Langkah bijak kerajaan ini haruslah disambut baik oleh setiap warganegara. Dalam konteks pembinaan negara bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,  kerajaan merujuk sesuatu kawasan, iaitu rakyatnya mempersembahkan taat setia kepada pemerintah.  Oleh itu, nilai taat setia rakyat kepada raja dan negara dapat menjamin kesejahteraan negara.

        Pada pandangan saya, juga nilai taat kepada raja dan negara dapat disemai melalui penyertaan Dalam beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Satu misalan yang baik adalah menyertai Program Latihan Khidmat negara (PLKN). PLKN diwujudkan untuk melahirkan rakyat yang gagah dan bersatu padu, seterusnya dapat menumpukan Taat setia kepada raja dan negara. Pelbagai aktiviti dimuatkan dalam program ini termasuklah kawad kaki, latihan untuk mempertahankan negara program khidmat nakti dan macam-macam lagi. Program sebegini dapat melahirkan individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuklah berkorban nyawa demi negara yang tercinta. Penubuhan kem bina negara yang mempunyai cawangan di setiap negeri menu pada langkah terbaik yang akan mempunyai cawangan Di setiap negeri merupakan langkah terbaik yang akan menjadi platform atau medium utama memupuk nilai taat setia rakyat. Langkah yang mewajibkan semua murid menyanyikan lagu "Negaraku"setiap kali perhimpunan di sekolah dapat menyuburkan nilai taat setia itu lagi. Sehubungan dengan itu, nilai Taat setia kepada raja dan negara menerusi beberapa program yang dirangka oleh pihak kerajaan dapat menjamin kesejahteraan negara.
Seperkara lagi, kesejahteraan negara dapat dicapai menerusi nilai kesyukuran. Ketepatan rezeki ialah tugas Tuhan. 
 
        Namun begitu, satu cara untuk bersyukur dengan rezeki tersebut adalah dengan bersedekah dan berkongsi antara satu dengan yang lain. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Hatta kita mempunyai hanya sebuku roti, sekalipun jika dikongsi,  nikmatnya akan dirasakan lebih lagi. Rezeki yang kita perolehi itu hendaklah digunakan ke arah kebaikan. Suatu kisah pada zaman Rasulullah, terdapat seorang yang miskin di tengah padang pasir. Dia berasa sangat halus dan berusaha mencari setitik air. Mujurlah, dia berjaya menemukan satu lompat yang bertakung air.  Terdapat pula seekor anjing di kawasan lepas itu yang juga sedang mencari sesuatu untuk diminum. Orang miskin tadi telah memberikan air tersebut yang diisi didalam kasutnya kepada anjing itu.  Balasnya cukuplah besar. Orang miskin itu telah diberi ganjaran syurga oleh Allah.  Jelaslah di sini bahawa amalan bersedekah dapat melahirkan masyarakat yang bersyukur dan menjamin kesejahteraan negara .

        Iktisarnya, dapat disimpulkan bahawa kesejahteraan negara dapat dicapai melalui Bukan beberapa nilai seperti perpaduan. Kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara, bukannya seperti melepaskan batuk di tangga. Kesejahteraan negara mampu mengekalkan kedaulatan negara yang pernah dijajah oleh kolonialisme barat suatu ketika dahulu. George Santayana, seorang sejarawan pernah menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Langkah-langkah proaktif dan sistematik hasil ushlandi arakan mulai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

Ciri-ciri Sekolah Idaman