Gejala Sosial
Sejak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai gejala sosial yang melibatkan golongan remaja. Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang akan menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan negara
Tema : Gejala sosial
Tugasan : Peranan yang harus dilakukan oleh ibu bapa
Format : Perbincangan
Contoh karangan [Sumber asal: buku rujukan]
Pada era globalisasi yang semakin pesat membangun dari hari ke hari, setiap individu pada hari ini berlumba-lumba mengejar matlamat dan cita-cita yang diimpikan selama ini. Begitu juga halnya dengan ibu bapa. Kini, ibu bapa tidak lagi seperti generasi ibu bapa beberapa dekad lalu. Mereka lebih optimis serta berpandangan luas terhadap setiap perkara dalam kehidupan seharian mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan darah daging mereka. Dengan itu, tidak hairanlah ibu bapa kini bertungkus lumus menyediakan pelbagai kelengikapen untuk keselesaan anak-anak mereka. Sejauh manakah peranan ibu bapa ini begitu signifikan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Hal ini tidak lain hanyalah untuk menjadikan anak-anak mereka ini sebagai insan yang berguna bukan sahaja kepada keluarga malah kepada masyarakat, agama dan negara Malaysia tercinta. Anak-anak dapat diibaratkan Seperti sehelai kain putih yang bersih. ibu bapalah yang bakal mencorakkan kain tersebut sama ada kain itu cantik dipandang atau hanya menyerabutkan pandangan bergantung pada sejauh mana keberkesanan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Dalam usaha menjadikan anak-anak ini sebagai insan yang berguna, ibu bapa perlulah membuka mata bahawa merekalah yang akan menjadi "role model" yang akan dijadikan idola atau inspirasi oleh anak-anak Hal ini disebabkan anak-anak akan sentiasa memerhatikan gerak geri dan periakuan orang tuanya terutama ketika berada di rumah. Oleh itu, ibu bapa perlulah bijak dalam memainkan peranan mereka dengan menunjukkan tingkah laku yang sopan dan bertatatertib. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Dengan ini, tidak hairanlah sekiranya perangai yang baik dan berhemah daripada ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Anak-anak yang cemerlang atau berguna dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mengambil berat akan kepentingan pendidikan agama dan moral untuk anak-anak mereka sedari kecil, bak kata pepatan, melentur buluh biarlah dari rebungnya Begitu juga Keadaannya dengan ibu bapa, lbu bapa disarankon agar menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas agama dan kelas mengaji al-Quran. Langkah ini merupakan persediaan awal bagi anak-anak membina kekuatan rohani yang mantap agar segala cabaran yang bakal ditempuhi kelak dapat diatasi dengan tenang dan jayanya. Kekuatan rohani yang utuh juga menjadi benteng kepada anak-anak agar tidak mudah terpengaruh oleh gejala sosial yang kian meruncing kini, ibu bapa mampu berlapang dada kerana risiko anak-anak mereka terlibat ke dalam kancah tidak sihat senerti "Black Metal", "Gothic", "Mat Rempit" dan "Punk" dapat diatasi. Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat dijadikan benteng yang kukuh untuk menghalang anak-anak daripada terjebak ke dalam anasir yang tidak sihat
Bapa borek anak rintik, begitulah pepatah Melayu yang sering diungkapkan pada suatu ketika dahulu dan masih segar dalam ingatan kebanyakan orang Melayu. Secara lumrahnya, tiada seorang pun makhluk ciptaan Tuhan yang dijadikan sempurna serba serbinya. Pepatah Melayu turut mengatakan bahawa bumi mana yang tidak ditpimpa hujan. Pepatah ini jelas membuktikan bahawa setiap manusia pastinya akan melakukan kesilapan tidak kira betapa hebat sekalipun ia pada mata orang lain. Begitu juga halnya yang berlaku kepada anak-anak kita. Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, anak-anak kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. lbu bapa perlu menyedari bahawa mereka juga ialah mahluk yang lemah serta sering melakukan kesilapan dalam kehidupan Oleh itu, ibu bapa perlulah bijak dalam mengawal emosi apabila mendapat tahu akan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Ibu bapa juga haruslah mengelakkan diri daripada terus mengenakan denda yang melampau seperti memukul anggota badannya dengan keras, merotan atau memaki hamun kerana itu bukanlah jalan penyelesaian yang sewajarnya. Ibu bapa dinasihatkan agar menasihati anak-anak dalam suasana yang tenang dan penuh hikmah. Suasana ini perlu agar anak-anak dapat menceritakan masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka tanpa perlu berselindung. Secara tidak langsung, anak-anak akan berasa lebih dihargai dan disayangi.
Ibu bapa juga digalakkan agar dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak setelah banyak menghabiskan masa bekerja mencari rezeki. Hal in kerana anak-anak perlu dibelai dan diberikan layanan yang paling istimewa dalam hidup mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama di rumah adalah seperti memasak, mengecat rumah, membasuh kereta, mhengemas rumah, menanam pokok bunga yang tidak memerlukan kos yang besar. Secara tidak langsung, talian silaturahim serta jalinan kasih sayang dapat berkembang mekar dalam jiwa setiap
ahli keluarga. Sekiranya terdapat kelapangan waktu yang panjang dan perbelanjaan yang mengizinkan ibu bapa sangat digalakkan untuk membawa anak-anak mereka pergi bersiar-siar, melancong. berekreasi dan mandi-manda yang dapat dijadikan bibit-bibit yang manis dalam memon setiap ahli keluarga terutamanya anak-anak. Sikap menatang minyak yang penuh haruslah diamalkan oleh ibu bapa untuk membentuk generasi muda yang efektif dan bermodal insan kelas pertama Hakikatnya, pengisian masa yang terluang dengan aktviti yang berfaedah dan menarik minat anak-anak akan melahirkan anak-anak yang taat kepada bu bapa mereka.
Dalam melahirkan anak-anak insan cemerlang dan berguna, ibu bapa perlulah mengambil serius terhadap pencapaian anak-anak bermula dari peringkat paling rendah, iaitu di tadika sehinggalah mereka berupaya menjejakkan kaki ke menara gading kelak. Berilah penghargaan kepda mereka dalam bentuk hadiah atau kata-kata perangsang untuk setiap kejayaan yang ditunjukkan oleh mereka walaupun kejayaan yang kecil. Tindakan ini adalah sebagai tanda sokongan yarng tidak putus- putus serta harapan agar mereka dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Sebagai contoh, ibu bapa bolehlah menghadiri Majlis Anugerah Kecermelangan, Majlis Hari Graduasi, Majlis Solat Hajat mahupun Majlis Sukan Tahunan anak-anak yang mungkin dianggap remeh tetapi amat bermakna buat mereka. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka berasa diberi perhatian dan disayangi. Tegasnya, semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi semakin menyala-nyala dalam diri anak-anak tersebut.
Konklusinya, setiap ibu bapa mengiginkan yang terbaik darpada anak-anaknya. Tidak ada seorang pun yang mengharapkan anak-anak menjadi insan yang dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat. Oleh itu, anak-anak perlulah sedar akan hakikat pengorbanan ibu bapa yang sangat tinggi nilainya yang dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat. Selain itu, ibu bapa perlulah sedar walaupun dengan berguni-guni wang sekalipun. Selain itu, ibu bapa perlulah sedar bahawa dalam usaha menjadikan anak-anak sebagai modal insan uang berguna, doa dan tawakal serta kebergantungaan kepada-Nya ialah perkara yang penting dan tidak sekali-kali dianggap enteng. Pada dasarnya, peranan ibu bapa yang akan memastikan hasrat untuk melahirkan anak-anak modal insan kelas pertama dapat direalisasikan dengan jayanya.
Ulasan
Catat Ulasan