Rakan Sebaya
Tajuk: Setiap manusia memerlukan rakan dalam kehidupan mereka yang dipenuhi dengan cabaran dan dugaan.
Tema : Rakan Sebaya
Tema : Rakan Sebaya
Tugasan : Usaha Membantu Rakan yang Menghadapi Masalah
Format : Huraian
Contoh karangan [Sumber asal: buku rujukan]
Dalam arus kemodenan yang sering mengalami perubahan ke arah negara maju, maka nilai nilai murni semakin terhakis dan dipinggirkan. Golongan remaja juga turut merasai fenomena ini yang telah menuntut mereka mempunyai seseorang untuk membantu sekiranya menghadapi sesuatu masalah. Sudah jelas bahawa remaja haruslah memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan Mereka dalam dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini. Fungsi utama rakan yang tidak boleh dipertikaikan lagi ialah rakan dapat menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Hal ini demikian kerana rakan-rakan kita, ada yang terjebak dalam perkara yang tidak berfaedah, seperti penyalahgunaan dadah, gengsterisme dan ponteng sekolah. Benarlah kata orang cerdik pandai bahawa rakan ketawa senang dicari tetapi rakan menangis sukar ditemui. Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk membantu mereka? Tegasnya, saya perlu membantu rakan saya sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Pada pendapat saya, usaha utama yang harus saya lakukan ialah saya akan cuba memberikan nasihat dan teguran secara berhemah tanpa menimbulkan rasa tidak senang kepada rakan saya. Hal ini begitu kerana saya Mestilah memahami hati budi rakan saya yang berkemungkinan sukar untuk dilenturkan. Seterusnya, saya perlu berkeyakinan bahawa saya mampu mengubah tingkahlaku rakan saya daripada melakukan perkara yang sia-sia dan merugikan dirinya. Dengan demikian, saya akan memberi nasihat dalam situasi yang sesuai supaya dirinya tidak tersinggung dengan kata-kata. Saya juga akan bertindak secara proaktif dengan memujuk rakan yang bermasalah supaya kembali ke pangkal jalan. Yang paling diberikan keutamaan ialah saya akan sentiasa membantu Nia tanpa mengira waktu dan ketika. Sebagai impaknya, tindakan saya ini akan menyebabkan rakan saya berfikir secara rasional sebelum bertindak. Ironinya, rakan saya akan melakukan sesuatu yang positif kerana tindakan yang negatif akan merugikan dirinya. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa kita haruslah bertindak bijak dalam menangani sesuatu masalah ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak. Confucius juga pernah berkata bahawa seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. Pada umumnya, Saya haruslah bersikap tidak malu atau takut untuk memberikan nasihat kepada rakan yang mempunyai masalah.
Selain nasihat, saya juga perlulah berani mencuba pendekatan yang lebih efektif dengan mengajak rakan saya mengikuti program-program pembinaan jati diri ataupun motivasi diri. Hal in disebabkan kekuatan dan kekentalan dalaman perlu diberikan perhatian dan penekanan utama. Oleh itu, saya akan mengajak rakan saya mengikuti kursus motivasi, program keagamaan atau kursus pemerkasaan jati diri yang di anjurkan oleh pihak sekkolah dan agensi-agensi yang berkaitan. Sokongan daripada guru dan PIBG sekolah dapat menyalurkan sumbangan kewangan kepada rakan saya bagi menyertai kursus yang diadakan. Sekiranya rkan saya dapat menyertai kursus itu, maka rakan saya akan sedar daripada kesilapan dan kekhilafan yang pernah dilakukan. Tambahan pula, rakan saya tidakakan meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua sebagai rutin kehidupan yang lebih cemerlang yang paling manisnya ialah rakan saya akanbersikap seperti kata peribahasa kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dapat dielakkan dalam menjaga maruah diri dan keluarga daripada terlibat dalam gejala sosial. Katherine B, Hatahaway juga ada menjelaskan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada dorongan sahabat yang baik. Tegasnya, program jati diri yang disertaii oleh rakan saya ini dapat mengukuhkan kekuatan dalaman dirinya.
Usaha lain yang perlu saya ambil perhatian ialah saya akan mengajak rakan saya mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan. Hai ini begitu kerana rakan saya ini selalu leka dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Rakan saya suka melepak dan terlibat dengan aktiviti lumba haram. Oleh itu, saya perlulah merancang aktiviti yang boleh membina keyakinan diri dan mewujudkan rasa keseronokan seperti aktiviti melancong, mendaki gunung, memancing ikan dan bersukan. Sebagai kesannya, ruang untuk rakan saya melakukan aktiviti tidak berfaedah semakin berkurangan ataupun terhad. Sebaliknya, aktiviti itu pastinya akan menimbulkan suasana ceria, seronok, dan gembira. Seterusnya, rakan saya yang sukar Melakukan perkara yang baik akan mudah melakukannya kerana alah bisa, tegal biasa jika dia sering membuat tanpa ada rasa mengalah dalam dirinya. Hal ini juga diakui oleh golongan cerdik pandai yang pernah berkata bahawa " janganlah kita meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan bercermin di air keruh". Seyogia, perancangan aktiviti yang berfaedah dan memberikan teladan yang baik akan dapat mewujudkan suasana hidup yang ceria.
Usaha terakhir yang akan saya lakukan ialah memaklumkan kegiatan rakan kita kepada pihak yang sewajarnya. Hal ini kerana ada rakan saya yang terlibat dengan kes sosial yang berat dan mengaibkan diri dan keluarganya. Dengan ini, saya akan memaklumkan masalah rakan saya kepada pihak ibu bapa, agensi penguat kuasa dan pihak kaunselor sebagai jalan yang terakhir. Seterusnya, ketekunan dan kesabaran perlu ada dalam diri saya untuk menjayakan matlamat membantu rakan saya yang bermasalah itu. Tindakan saya ini akan memudahkan pihak ibu bapa memberi nasihat atau mengambil tindakan segera. Selain itu, langkah awak ini juga dapat mengelakkan rakan saya terjerumus ke kancah sosial yang lebih buruk. Tambahan pula, akhlak yang buruk dapat disekat daripada mempengaruhinya. Wahab bin Munabin ada berkata bahawa akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. Sikap sudah terhantuk baru tengadah haruslah saya elakkan kerana hal ini akan merugikan. Pada umumnya, saya dapat menyekat rakan saya daripada terus melakukan kegiatan tidak sihat.
Tuntasnya, saya berpendirian bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan rakan yang berakhlak mulia. Dalam erti kata yang lain seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Kita juga janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Ironinya pula, hidup bermasyarakat perlu diamalkan seperti kata peribahasa serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Hakikatnya, golongan remaja yang bersahsiah tinggi akhlaknya dapat melahirkan pelapis negara yang berguna untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.

Ulasan
Catat Ulasan