Ciri-Ciri Sekolah Indaman
Sejak dahulu lagi, kewujudan sekolah adalah sebagai tempat untuk menuntut ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak yang mulia. Setiap murid inginkan suasana sekolah yang harmoni dan damai tanpa gangguan yang menghalang tumpuan pembelajaran. Hal ini akan membolehkan murid belajar selesa dan berasa gembira untuk mendatang ke sekolah.Mengapakah sekolah ini begitu penting bagi sekolah?Oleh itu, ciri -ciri sekolah idaman akan dibincangkan.
Ciri sekolah yang menjadi idaman saya ialah sekolah yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap.Hal ini disebabkan tempat belajar yang lengkap dan canggih akan meningkatkan motivasi murid-murid.Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mewujudkan bilik darjah yang dilengkapi pendingin hawa, komputer dan kerusi meja yang selesa.Sebagai kesannya, suasana di dalam bilik darjah menjadi kondusif untuk pembelajaran. Seterusnya, sistem pendidikan kita akan sama taraf dengan negara meju yang lain. Benarlah dikatakan bahawa pendidikan negara kita haruslah setanding dengan negara maju yang lain seperti kata peribahasa berdiri sama tinggi ,duduk sama rendah.
Ciri sekolah yang kedua ialah sekolah haruslah ceria, bersih dan cantik sentiasa. Hal ini kerana naluri manusia inginkan sesuatu yang cantik pada pandangan mata. Dengan itu, sekolah harus dihiaskan dengan landskap yang menarik. Sekolah ini perlu ada taman bunga dan kolam. Seterusnya, landskap ini haruslah diuruskan dengan sistematik oleh pekerja sekolah. Sebagai impaknya, saya akan berasa bangga dengan imej sekolah yang cantik dan ceria.Hakikatnya,sekolah ibarat "Rumahku Syurgaku ",jika sentiasa kelihatan ceria.
Sekolah yang menjadi idaman saya harus juga mempunyai sasiah diri bermasalah dari segi disiplin akan mengganggu pembelajaran. Oleh itu,murid-murid yang dipilih ke sekolah ini haruslah terlebih dahulu mempunyai sahsiah diri yang terpuji. Sikap murid yang terpuji ini tidak akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah.Seterusnya,jika disiplin ini terkawal, maka tidak wujud pergaduhan sesama murid yang boleh mencemarkan imej baik sekolah. Tegasnya, kita tidak mahu perbuatan ini barat menconteng arang di muka yang sukar untuk dipulihkan.
Tegasnya, sekolah yang harmoni memjadi indaman setiap murid dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Oleh hal yang demikian, komitmen daripada semua pihak amat penting untuk mewujudkan sekolah yang berbilang dan terbaik di negara ini. Hakikatnya, sekolah ini akan sentiasa diingati kerana kata peribahasa tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain.
Sumber buku rujukan.
Ulasan
Catat Ulasan