Karangan Lengkap

7884, Jalan Kampung Baharu 3, 
24000 Kemaman,                        
Terengganu.                                 

8 Julai 2020                                

Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Bukit Jalil, Selangor. Saya berharap agar saudari berada dalam keadaan sihat bersama-sama kelaurga yang tercnta. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengutus surat kepada saya.

        Dalam surat saudara tempoh hari, saudara telah menyatakan bahawa ayahnanda saudara telah sembuh daripada penyakit demam denggi. Tidak dapat dinafikan bahawa pningkatan kes demam denggi telah dicatatkan dasawarsa ini. sehubungan dengan itu, jumlah kes kematian akibat penyakit demam denggi turut bertambah. Janganlah kita bersikap bersikap seperti sudah terhantuk baru tengadah. Sesungguhnya, pelbagai cara untuk menangani masalah ini harus dilakukan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

        Pada hemat saya, individu itu sendiri haruslah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Hal ini berpunca daripada nyamuk aedes suka membiak di kawasan yang mudah air jenih bertakung. Selaras dengan itu, tempoh pembesaran nyamuk aedes hanya memerlukan tempoh selama tujuh hari. Dengan itu, masyarakat patut menanam bekas yang tidak digunakan dan perlu memeriksa pasu-pasu bunga pada setiap minggu. Selanjutnya, masyarakat juga boleh menggunakan ubat pembasmi jentik-jentik dan menutup tempayan yang berisi air. Natijahnya, usaha yang efektif ini dapat mengelakkan nyamuk aedes daripada bertelur di dalam takungan air tersebut. Tegasnya, masyarakat harus berpegang teguh pada slogan "Tiada Aedes Tiada Denggi."

        Selain itu, pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang dengan mengenakan hukuman atau denda yang lebih berat. Hal ini disebabkan oleh masyarakat bersikap sambil lewa terhadap masalah pembiakan nyamuk aedes. Dalam hal ini, penguat kuasa wajar menjalankan pemeriksaan mengejut. Sehubungan dengan itu, penguat kuasa perlu bersikap amanah dengan tidak makan suap. Seterusnya, premis yang didapati membiarkan jentik-jentik untuk membiak patut dikenakan kompaun maksimum RM1000. Sebagai implikasinya masyarakat akan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membendung isu wabak denggi. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa hendak seribu daya tak hendak sreibu dalih.

Saudara,
        Usaha jitu seterusnya ialah kerajaan harus menjalankan kempen-kempen kesedaran antidenggi kepada masyarakat. Hal ini demikan kerana sikap masyarakat tentang bahayanya penyakit ini masih rendah. Mereka tidak sedar bahawa penyakit demam denggi boleh meragut nyawa manusia. Oleh hal yang demikian, kempen gotong-royong membersihnkan kawasan taman perumahan ataupun kampung perlu dijalankan. Sebagai contohnya, masyarakat wajar berganding bahu memotong rumput yang panjang dan membersihkan longkang yang tersumbat. Sebagai impaknya, anak-anak kita akan menyedari tabiat hidup nyamuk. Di samping itu, kebersihan kawasan perumahan akan dipelihara dan kesihatan kita akan terjamin. Situasi ini boleh diperjelaskan melalui peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Luqman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

Ciri-ciri Sekolah Idaman