Surat Kiraman Tidak Rasmi: Demam Denggi
Tajuk : Cara-cara yang perlu dilakukan untuk menangani masalah demam denggi yang semakin menjadi-jadi.
Tema : Demam Denggi
Tugasan : Menangani Masalah Demam Denggi
Format : Surat Kiriman Tidak Rasmi
K-291, Jalan Masjid,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
8 Julai 2020.
Menemui sahabatku, Vivian yang berada di Kuala Lumpur dengan selamatnya. Saya berharap agar saudari berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga.
Sahabatku, Vivian,
Apa khabar Vivian sekarang? Saya sekeluarga di sini walafiat pada masa ini. Surat Vivian telah selamat saya terima. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana Vivian masih mengingati saya.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengangani masalah demam denggi yang semakin menjadi-jadi. Dalam meniti kehidupan pada macarpada, peningkatan kes demam denggi telah dicatatkan oleh semua pihak. Mereka mestilah menangani masalah tersebut sebelum nasi menjadi bubur.
Satu daripada caranya ialah individu itu sendiri haruslah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Hal ini demikian kerana nyamuk aedes suka membiak di kawasan air jernih bertakung. Dalam konteks ini, kita hendaklah menanam bekas yang tidak digunakan dan perlu memeriksa pasu-pasu bunga. Natijahnya, cara ini dapat mengelakkan nyamuk aedes daripada bertelur di dalam takungan air tersebut. Hal ini bersesuaian dengan peibahasa, tiada aedes tiada denggi. Tegasnya, pastikan bekas air sentiasa ditutup atau ditukar airnya.
Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah mengenakan hukuman atau denda kepada maysrakat yang tidak bertanggungjawab. Hal ini dikatakan bahawa masyarakat yang ambil sikap sambil lewa terhadap masalah pembiakan nyamuk aedes. Dalam hal ini, penguat kuasa hendaklah menjalankan pemeriksaan dan denda sebanyak RM 300 kepada masyarakat yang bersikap lewa. Sebagai akibatnya, masyarakat akan menjadi lebih berhati-hati dan bertanggungjawab. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Seyogia, semua lapisan masyarakat hendaklah bekerjasama unutk menangani masalah tersebut.
Akhir sekali, pihak kerajaan juga boleh menjalankan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat. Hal ini membawa konotasi bahawa sikap masyarakat tentang bahayanya penyakit ini masih rendah. Justifikasinya, kempen gotong-royong membersihkan longkang di kawasan rumah perlu dijalankan. Sekiranya, anak-anak kita sedar akan tabiat hidup nyamuk. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa, berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Jelaslah bahawa, pihak kerajaan mestilah menjalankan kempen-kempen supaya meningkatkan kesedaran masyarakat.
Saya rasa cukup setakat ini sahaja surat saya buat kali ini dan saya berharap agar kita dapat bertemu lagi dalam lembaran yang lain.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu yang sejati,Xin Er
Ulasan
Catat Ulasan