Syarahan: Peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin


      Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha Tuan pengetua,guru-guru dan rakan sekalian .Saya amat bersyukur kerana dapat berdiri di siniuntuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ' peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.'

Hadirin yang dihormati,

        Kebelakangan ini,kes kanak-kanak diculik dan dibunuh sering dilaporkan di media massa. Dengan ini,individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab . Untuk mengelakkan kes ini berlaku, pelbagai pihak telah mengambil tindakan tetapi tidak efektif. Persoalannya, di manakah nilai murni masyarakat madani ini? Sesungguhnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

          Antaranya,ibu bapa haruslah memberikan didikan tentang keselamatan diri.Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang sesuatu bahaya amat penting kepada anak- anak.Dalam konteks ini, ibu bapa wajarlah melatih anak-anak untuk tidak mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali. Dengan cara ini,anak-anak akan bersikap lebih berwaspada. Hal ini bersesuaian  dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tegasnya, pendidikan tentang keselamatan diri harus diberikan oleh ibu bapa sejak kacil lagi.

Hadirin yang dikasihi,

           Di samping itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih syang sepenuhnya kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana pada era globalisasi ini, ibu bapa hanya mementingkan diri sendiri. Dalam konteks ini,ibu bapa wajarlah memberikan keperluan hidup yang mencukupi dan tempat tinggal yang selesa. Oleh itu,anak-anak akan sentiasa berada dalam kawasan orang dewasa. Janganlah ibu bapa bertindak seperti peribahasa ,sudah terhantuk baru tengadah. Tuntasnya, ibu bapa wajarlah meluangkan masa untuk menemani anak mereka.

          Akhir sekali, ibu bapa mestilah tahu lokasi anak mereka berada pada setiap masa. Hal ini demikian kerana anak-anak masih tidak tahu akan bahaya yang akan datang. Dalam konteks ini,ibu bapa wajib sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan mereka. Dengan cara ini, anak -anak akan bersikap was-was terhadap orang yang tidak dikenali pada setiap masa. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Tegasnya,untuk memastikan anak-anak berada dalam tempat yang selamat, ibu bapa perlu tahu lokasi anak mereka. 

           Kesimpulannya,keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab setiap ibu bapa. Dalam konteks ini,ibu bapa berperanan penting untuk memastikan anak-anak terjamin keselamatannya. Hal ini demikian kerana anak-anak ialah harapan negara yang paling berharga pada masa depan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

Ciri-ciri Sekolah Idaman