Ucapan: Cara Menghargai Jasa Guru
Tema: Jasa Guru
Tugasan: Cara Menghargai Jasa Guru
Format: Ucapan
Karangan dihasilkan oleh Chiu Chang Hong
Sumber: Sendiri
Tugasan: Cara Menghargai Jasa Guru
Format: Ucapan
Karangan dihasilkan oleh Chiu Chang Hong
Sumber: Sendiri
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang memberikan peluang ini kepada saya untuk mengucapkan ucapan pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Pada era globalisasi dan modenisasi ini, tugasan sebagai seorang guru adalah sangat mulia kerana tugasan guru adalah mendidik pelajar menjadi insan yang berguna. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Hal ini telah menjelaskan soalan, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru? Dengan itu, terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa guru.
Umum mengetahui bahawa cara untuk membalas jasa guru ialah murid sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru merupakan kunci kejayaan seseorang murid semasa belajar. Oleh itu, murid haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak berlaku kes ponteng sekolah. Dengan ini, tugas guru akan menjadi lebih mudah. Bak kata peribahasa Melayu, genggam bara api biar sampai jadi arang. Tegasnya, murid perlu berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah untuk membalas jasa guru.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagaimana yang kita ketahui, murid juga mesti sentiasa menolong atau membantu guru di sekolah. Hal ini demikian kerana guru telah banyak berkorban masa dan tenaga mendidik murid-murid. Oleh itu, bolehlah dikatakan murid menghantar buku latihan ke bilik guru supaya menjimatkan masa guru untuk mengumpul buku latihan. Keadaan ini tentunya guru akan berasa dirinya dihargai dengan bantuan yang diberikan. Bak kata cendekiawan, murid-murid bersikap ringan tulang. Akhirnya, murid membalas jasa guru ialah sentiasa menolong atau membantu guru.
Seperti yang telah dinyatakan, murid juga patut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Hal ini kerana pengorbanan guru harus kita ingati dan hargai. Disebabkan hal itu, murid boleh menghantar ucapan "Selamat Hari Guru" dan memberikan hadiah kepada guru yang mengajarnya. Memandangkan keadaaan yang sedemikian, dianggap sebagai murid yang baik dan bersahsiah tinggi. Persis kata peribahasa Melayu, murid tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit. Dengan berbuat demikian, murid dapat membalas jasa guru mereka.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam kehidupan kita. Oleh itu, murid wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanannya pada setiap masa. Dengan ini diharapkan, guru terus berbakti untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan