Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Ucapan : Mengadakan sambutan Hari Keluarga di satu kawasan perkelahan

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita semua dapat berkumpul dalam suasana yang gembira disamping keluarga tersayang, walaupun tidak semua ahli jawatankuasa dapat hadir pada sambutan hari keluarga pada tahun ini, saya yakin mereka tetap menyokong apa jua program yang dianjurkan kali ini. Dengan izin Allah SWT juga, kita diberi kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama-sama, jauh dari kesibukan harian dan tugasan pejabat, semoga kita dapat menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk bergembira dan melepaskan tekanan yang dialami di tempat kerja.  Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian. Saya difahamkan Sambutan Hari Keluarga ini telahpun dirancang oleh ahli jawatankuasa penduduk Taman Bukit Kempas sejak dari mula dilantik pada pertengahan tahun lepas, dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini urus setia yang dilantik begitu sibuk membuat persiapan untuk menyempurnakan sambutan dua hari satu malam ini. Apa yang Tuan-tuan dan Puan-puan dapa...

Sambutan Hari Keluarga

Sumber asal: buku rujukan Ceritakan sambutan hari keluarga. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti berkelah merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Sehubungan dengan itu hari keluarga akan diadakan pada musim cuti persekolahan setiap tahun kerana biasanya masyarakat sibuk mencari nafkah untuk menyara keluarga. Sambutan hari keluarga kali ini telah diadakan pada 25 Disember 2017 dan dianjurkan oleh jawatankuasa penduduk Taman Bukit Kempas Jelebu.Sambutan hari keluarga ini diadakan di pantai port Dickson. Sesungguhnya pengalaman saya semasa menyertai sambutan ini akan dibincangkan. Sebelum sambutan ini diadakan mesyuarat jawatan kuasa telah dijalankan. Tujuan Perdana sambutan hari keluarga di anjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk Taman Bukit Kempas yang terdiri daripada berbilang kaum dan seterusnya dapat memupuk perpaduan yang utuh .dalam hal ini akhir-akhir jawatankuasa telah membincangkan agenda sambutan ini dan menyusun atur aktiviti yang akan d...

Ucapan: Cara Menghargai Jasa Guru

           Salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, Tuan Chua Leok Hong, yang diraikan Cikgu Tan, para tetamu undangan, guru-guru, para pengawas,dan rakan sekalian.      Tugas seorang guru sangat mulia dan semakin mencabar pada era globalisasi ini. Para guru mendidik murid untuk menjadi insan yang berguna dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sehubungan dengan itu, guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Jelaslah bahawa tanpa usaha jitu guru, tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan yang gemilang. Persoalannya, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru?      Cara perdana ialah murid haruslah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Hal ini berpunca daripada sikap disiplin merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Selanjutnya, mematuhi disiplin mencerminkan p...

Syarahan: Peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin

      Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha Tuan pengetua,guru-guru dan rakan sekalian .Saya amat bersyukur kerana dapat berdiri di siniuntuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ' peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.' Hadirin yang dihormati,         Kebelakangan ini,kes kanak-kanak diculik dan dibunuh sering dilaporkan di media massa. Dengan ini,individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab . Untuk mengelakkan kes ini berlaku, pelbagai pihak telah mengambil tindakan tetapi tidak efektif. Persoalannya, di manakah nilai murni masyarakat madani ini? Sesungguhnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.           Antaranya,ibu bapa haruslah memberikan didikan tentang keselamatan diri.Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang sesuatu bahaya amat penti...

Surat Kiraman Tidak Rasmi: Demam Denggi

Tajuk    : Cara-cara yang perlu dilakukan untuk menangani masalah demam denggi yang semakin         menjadi-jadi. Tema     : Demam Denggi  Tugasan : Menangani Masalah Demam Denggi  Format  : Surat Kiriman Tidak Rasmi           K-291, Jalan Masjid, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.  8 Julai 2020.   Menemui sahabatku, Vivian yang berada di Kuala Lumpur dengan selamatnya. Saya berharap agar saudari berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga. Sahabatku, Vivian,   Apa khabar Vivian sekarang? Saya sekeluarga di sini walafiat pada masa ini. Surat Vivian telah selamat saya terima. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana Vivian masih mengingati saya.   Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengangani masalah demam denggi yang semakin menjadi-jadi. Dalam meniti kehidupan pada macarpada, peningkatan kes demam denggi te...

Syarahan

          Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah " Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin". Hadirin yang dihormati,           Marcapada ini, kes kanak-kanak diculik dari dibunuh sering dilaporkan di media massa. Sebagai contohnya, seorang budak perempuan yang berusia empat tahun telah dipancung kepala dengan menggunakan pisau dapur di Taipei. Sementara itu, dua orang lelaki berpura-pura bertanyakan jalan untuk menculik kanak-kanak dengan pantas dan meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta. Dalam konteks ini, individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, di manakah nilai murni masyarakat madani ini? Sesungguhnya, ibu bapa harus memainkan peranan untuk memastikan keselamatan anak ...

Syarahan :Ciri-Ciri Sekolah Indaman

         Selamat pagi dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 ,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Ciri-Ciri Sekolah Idaman ".     Kepada hadirin yang dihormati,  Sejak dahulu lagi, kewujudan sekolah adalah sebagai tempat untuk menuntut ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak yang mulia. Setiap murid inginkan suasana sekolah yang harmoni dan damai tanpa gangguan yang menghalang tumpuan pembelajaran. Hal ini akan membolehkan murid belajar selesa dan berasa gembira untuk mendatang ke sekolah.Mengapakah sekolah ini begitu penting bagi sekolah?Oleh itu, ciri -ciri sekolah idaman akan dibincangkan.         Ciri sekolah yang menjadi idaman saya ialah sekolah yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap.Hal...

Cerita: Sambutan Hari Keluarga

        Pada tahun lepas, jawatankuasa penduduk di taman perumahan menganjurkan sambutan Hari Keluarga. Semua berasa gembira apabila sambutan Hari Keluarga diadakan. Antara aktiviti yang penduduk inginkan ialah berkelah kerana aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Sambutan Hari Keluarga akan diadakan pada masa cuti persekolahan. Tarikh yang telah ditetapkan untuk menyambut Hari Keluarga ialah pada 15 Mei 2020 dan pihak yang menganjurkan sambutan tersebut ialah Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Kempas, Jelebu. Tempat yang diadakan untuk sambutan Hari Keluarga ialah bertempat di Pantai Port Dickson. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama jiran malah meluahkan masa bersama-sama dengan jiran. Terdapat banyak aktiviti yang kami lakukan sebelum dan semasa menyambut Hari Keluarga.                     Antaranya ialah ahli jawatankuasa menjalankan mesyuarat Jawatankuasa ...

Karangan Lengkap

7884, Jalan Kampung Baharu 3,  24000 Kemaman,                               Terengganu.                                          8 Julai 2020                                         Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Bukit Jalil, Selangor. Saya berharap agar saudari berada dalam keadaan sihat bersama-sama kelaurga yang tercnta. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengutus surat kepada saya.           Dalam surat saudara tempoh hari, saudara telah menyatakan bahawa ayahnanda saudara telah sembuh daripada penyakit demam denggi. Tidak dapat dinafikan bahawa pningkatan kes demam denggi t...

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-anak Terjamin Wong Yu           Marcapada ini, kes kanak-kanak diculik dari dibunuh sering dilaporkan di media massa. Sebagai contohnya, seorang budak perempuan yang berusia empat tahun telah dipancung kepala dengan menggunakan pisau dapur di Taipei. Sementara itu, dua orang lelaki berpura-pura bertanyakan jalan untuk menculik kanak-kanak dengan pantas dan meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta. Dalam konteks ini, individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, di manakah nilai murni masyarakat madani ini? Sesungguhnya, ibu bapa harus memainkan peranan untuk memastikan keselamatan anak sebelum nasi menjadi bubur.           Pada pandangan saya, ibu bapa harus memberikan didikan tentang keselamatan diri kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang sesuatu bahaya adalah amat penting dan seteru...

Ucapan: Cara Menghargai Jasa Guru

Tema: Jasa Guru Tugasan: Cara Menghargai Jasa Guru Format: Ucapan Karangan dihasilkan oleh Chiu Chang Hong Sumber: Sendiri     Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan,  guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang memberikan peluang ini kepada saya untuk mengucapkan ucapan pada hari ini. Hadirin sekalian,     Pada era globalisasi dan modenisasi ini, tugasan sebagai seorang guru adalah sangat mulia kerana tugasan guru adalah mendidik pelajar menjadi insan yang berguna. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Hal ini telah menjelaskan soalan, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru? Dengan itu, terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa guru.     Umum mengetahui bahawa cara untuk membalas jasa guru ialah murid sentiasa berdisiplin dan mematuhi pe...

Cara Menghargai Jasa Guru

Sumber asal : Buku rujukan    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang peguam menang bicara Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajur tulis baca      Begitulah petikan sajak Usman Awang, yang sering kita dengar saban tahun. Oleh itu, benarlah dikatakan bahawa tugas seorang guru sangat mulia dan semakin mencabar pada era globalisasi ini. Para guru mendidik murid untuk menjadi insan yang berguna dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sehubungan dengan itu, guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Jelaslah bahawa tanpa usaha jitu guru, tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan yang gemilang. Persoalannya, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru?      Cara perdana ialah murid haruslah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Hal ini berpunca daripada sikap disiplin merupakan kunci kejayaan seseor...

Cara Menghargai Jasa Guru

Tema: Jasa Guru Tugasan: Cara Menghargai Jasa Guru Format: Perbincangan Karangan diambil daripada buku rujukan     Pada era globalisasi dan modenisasi ini, tugasan sebagai seorang guru adalah sangat mulia kerana tugasan guru adalah mendidik pelajar menjadi insan yang berguna. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Hal ini telah menjelaskan soalan, mengapakah murid-murid harus membalas jasa guru? Dengan itu, terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa guru.     Umum mengetahui bahawa cara untuk membalas jasa guru ialah murid sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru merupakan kunci kejayaan seseorang murid semasa belajar. Oleh itu, murid haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak berlaku kes ponteng sekolah. Dengan ini, tugas guru akan menjadi lebih mudah. Bak kata peribahasa Melayu, genggam bara api biar sampai jadi aran...

Ciri-Ciri Sekolah Indaman

Sejak dahulu lagi, kewujudan sekolah adalah sebagai tempat untuk menuntut ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak yang mulia. Setiap murid inginkan suasana sekolah yang harmoni dan damai tanpa gangguan yang menghalang tumpuan pembelajaran. Hal ini akan membolehkan murid belajar selesa dan berasa gembira untuk mendatang ke sekolah.Mengapakah sekolah ini begitu penting bagi sekolah?Oleh itu, ciri -ciri sekolah idaman akan dibincangkan.         Ciri sekolah yang menjadi idaman saya ialah sekolah yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap.Hal ini disebabkan tempat belajar yang lengkap dan canggih akan meningkatkan motivasi murid-murid.Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mewujudkan bilik darjah yang dilengkapi pendingin hawa, komputer dan kerusi meja yang selesa.Sebagai kesannya, suasana di dalam bilik darjah menjadi kondusif untuk pembelajaran. Seterusnya, sistem pendidikan kita akan sama taraf dengan negara meju yang lain. Benarlah dikatakan bahawa pendidikan negara ki...

Peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin

                                                                    Tan Thian Huii          Kebelakangan ini,kes kanak-kanak diculik dan dibunuh sering dilaporkan di media massa. Dengan ini,individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab . Untuk mengelakkan kes ini berlaku, pelbagai pihak telah mengambil tindakan tetapi tidak efektif. Persoalannya, di manakah nilai murni masyarakat madani ini? Sesungguhnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.           Antaranya,ibu bapa haruslah memberikan didikan tentang keselamatan diri.Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang sesuatu bahaya amat penting kepada anak- anak.Dalam konteks ini, ibu bapa wajarlah melatih anak-anak untuk tidak mengambil...

Ciri-ciri Sekolah Idaman

Ciri-ciri Sekolah Idaman karya Terry      Sejak dahulu lagi, sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu. Setiap murid ingin suasana sekolah yang harmoni. Hal ini dapat membolehkan pelajar belajar dengan selesa dan berasa gembira untuk datang ke sekolah. Mengapakah sekolah ini begitu penting kepada murid-murid? Persoalannya, apakah ciri-ciri yang diperlukan sebagai sekolah idaman?        Ciri sekolah yang menjadi idaman saya ialah sekolah yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Hal ini dikatakan demikian kerana tempat belajar yang lengkap dan canggih meningkatkan motivasi. Oleh sebab, wujudkan bilik darjah yang dilengkapi pendingin hawa, komputer dan kerusi meja yang selesa. Sebagai akibatnya, suasana di dalam bilik darjah menjadi kondusif untuk pembelajaran dan sistem pendidikan kita akan sama taraf dengan negara maju yang lain. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.      Selain itu, c...